Saturday, April 9, 2011

NATIVE DEEN

ASSALAMUALAIKUM!

Native Deen
Hari ni nak cerita sikit pasal Native Deen. pernah dengar nama ni?aku tahu kumpulan ni pun masa tahun 2010.mungkin masih ramai lagi rakyat malaysia yang belum tahu pasal kumpulan penyanyi ni. Aku kenal melalui lagu mereka (i'm not afraid to stand alone), waktu tu tengah selak-selak laptop kakak jadi terjumpa video tersebut dan cuba-cubalah mainkan, tak sangka boleh minat pada lirik lagunya dan juga klip video tersebut. Pada sesiapa yang nak tahu perkembangan terbaru tentang kumpulan ni boleh la terus ke laman web rasmi mereka atau page facebook Native Deen.


Lirik (I'm not Afraid To Stand Alone by Native Deen)

Bawah ni ada sedikit cerita pasal Native Deen yang aku dapat daripada fanpage facebook mereka:

Genre : Fusion Hip-Hop
Members : Joshua, Naeem, Abdul-Malik
Hometown : Washington DC
Record label : Independent (Bebas)
About : NATIVE DEEN Spread the word!
Biography :
Inspirasi kisah Native Deen bermula dengan tiga orang pemuda muslim yang memiliki bakat unik dengan hasrat untuk menyebarkan mesej islam. Asalnya mereka terdiri daripada artis yang bergerak secara solo dan penggerak yang aktif dalam komuniti masing-masing yang mencari cara yang kreatif untuk mendidik dan memberikan inspirasi kepada golongan muda islam, dan sekarang Native Deen telah menjadi gabungan Hip-hop dan sentuhan R&B, mengegarkan peminat-peminat dengan tenaga dan kombinasi unik daripada lirik, ritma/rentak dan bunyi/suara mereka.Kumpulan/trio ini terdiri daripada Joshua Salaam, Abdul-Malik Ahmad dan Naeem Muhammad yang telah begabung bersama pada tahun 2000 dan memulakan kerjaya profesional mereka dalam industri musik dengan tujuan mengetengahkan isu-isu yang dihadapi oleh umat islam yang tinggal di Amerika.

Mereka bertiga yang merupakan African-American dibesarkan sebagai seorang muslim di Amerika telah muncul sebagai salah satu kelompok terkemuka kumpulan nasyid Islam dan telah memeberi inspirasi kepada seluruh peminat antarabangsa. Menggambarkan inspirasi mereka sendiri daripada mesej islam, musik-musik Native Deen menyeru kepada pendengar untuk berpegang pada keimanan, untuk kehidupan yang lebih baik, dan TIDAK menyerah dengan tekanan dan godaan kehidupan masyarakat moden.

Kumpulan ini telah memberi inspirasi kepada berjuta masyarakat Islam dan bukan islam di peringkat semua umur dan bangsa di seluruh dunia. Native Deen telah menjelajah lebih daripada 60 buah bandar di Amerika, Afrika, Asia, Eropah dan Timur Tengah dalam usaha untuk memperkenalkan islam. Native Deen membuat keputusan menggunakan alatan genderang (drum or something like) semata-mata dalam musik mereka dan telah menghasilkan penciptaan salah satu kesan audio yang paling berovolusi.

Current Location : Washington DC
Booking agent : bookings@nativedeen.com
Press contact : press@nativedeen.com
Website :  http://www.nativedeen.com
facebook :  http://www.facebook.com/nativedeen

Kesimpulannya lagu mereka boleh menguatkan semangat umat islam sekarang yang berhadapan dengan pelbagai cubaan hidup dan cabaran era modenisasi yang banyak menggadaikan pegangan islam dalam cara hidup, pemakaian dan pemikiran.
p/s : kalau tengok fb page mereka katanya nak datang malaysia 1 Mei 2011 ni, hmmm macam mana nak pergi ye?duit masih tak cukup nak beli tiket buat masa ni = (

No comments:

Post a Comment