Wednesday, April 6, 2011

Waiting + Qi Building

sementara menunggu umi dan kak azah balik rumah daripada jumpa peguam (mula-mula umi tak nak pun ajak aku), buat la sekejap post ni..ni nak cerita pasal senibina sikit...walaupun tak berapa pandai sangat dan tahu sikit-sikit je pasal senibina jadi aku pun nak mengisi masa lapang ni sedikit tulis la pasal benda mengarut-ngarut....ceritanya begini :
pada hari sabtu yang dah lepas-lepas (2/10/2010) aku ambil keputusan untuk mengambil gambar sebuah bangunan di petaling jaya yang baru sahaja siap, tak berapa pasti sudah setahun atau baru sahaja beberapa bulan...minat gila bentuk bangunan tu, rasa minat tu bertambah-tambah bila lalu flyover sebelah bangunan tersebut...nampak pulak taman kat tengah-tengah bangunan tersebut...wow....bangunan ni nampak macam green je...teringinnya nak pegi...manalah tahu boleh jadi ilham kat projek akhir aku nanti...huhu...(dalam hati je)....akhirnya nak dipendekkan cerita aku pun sampai jugak la kat depan bangunan tu suatu hari dengan kakak aku sebagai peneman....tangkap situ tangkap sana...bila naik stage atas yang ada taman tu...lepas beberapa kali tangkap gambar....tiba-tiba seorang jaga (guard) perempuan datang kat aku...(pelik aku kenapa mesti kat aku bukan kat kakak aku)....dia kata kat sini tak boleh tangkap gambar...aku pun angguk-angguk je la n bg tahu akak aku...kami pun blah secara perlahan-lahan....dan bergerak balik pulang...(agak-agak kalau aku tunjuk kad pelajar yang mengatakan aku masih pelajar dan bukan stalker yang nak curi design tersebut atau perompak yang nak buat perancangan mencuri kat bangunan tersebut....boleh tak aku tangkap lebih banyak gambar lagi??).....

bawah ni ada la beberapa gambar yang sempat diambil dan aku juga mengimplikasikan konsep-konsep bangunan ni (sedikit je) dalam projek akhir aku yang menyebabkan aku berjaya menamatkan pembelajaran aku dalam peringkat diploma...alhamdulillah
(gambar-gambar ini banyak diambil oleh kakak aku...sebab dia rajin)

wow!tinggi tak planter box ni dibuat.tak silap dulu belajar ini dipanggil salah satu penanaman menegak.

kira macam laluan pejalan kaki dan pokok-pokok menjalar akan merayap sehingga ke bahagian atas.

gambar ni diambil dari bawah bahagian planter box bertingkat. dari bawah ni kita boleh boleh nampak sistem penyiraman dan juga penyaluran keluar air lebihan dari kotak tanaman hanya menggunakan upvc pipe sahaja.


Ruang yang ditinggikan. Disediakan tangga yang luas,dan lebar untuk naik ke bahagian atas seperti taman (open space area : kawasan atas tu memang banyak angin)


pokok-pokok ysng ditanam kat bahagian atas (satu jenis rasanya)



Nampak tak sun shading pada bangunan ni?ruang tangga pada bangunan adalah terbuka dan tidak terlindung oleh mana-mana sekatan keculi oleh sistem sun shading, dari bawah ni boleh nampak dah bahagian tangga tersebut.


building entrance



sekian, wallahualam.ada masa jumpa lagi, penat betul menaip!

mood menulis : terlebih rajin

No comments:

Post a Comment