Tuesday, January 3, 2012

Majalah Seni Bina (Architecture Magazine)

Antara majalah yang banyak membantu meningkatkan kefahaman tentang seni bina terkini. Selebihnya kena lah banyak membaca buku-buku ilmuan seni bina. Pada yang bercatu duit macam aku ni kena la selak isi dalam majalah ni dulu sebab kadang-kadang terlalu banyak iklan dan isu hanya pada bangunan-bangunan yang dah biasa kita baca contohnya : perumahan/rumah-rumah...HeHe. Sesiapa yang tak berkira mengeluarkan duit dalam membeli majalah tentang senibina eloklah beli semua majalah yang ada di pasaran kerana berbaloi menerima ilmu daripada semua majalah tersebut. Tidaklah aku menyenaraikan semuanya di sini....


FUTURARC by BCI Asia
harga biasa : RM 32.50
Berbaloi beli edisi bumper sebab lebih banyak info dan buku pun lebih tebal. 
Berkaitan isu senibina negara serantau contohnya Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapore dan lain-lain. Keluar ikut suku tahun contohnya Suku Tahun Pertama (First Quarter), Suku Tahun Kedua (Second Quater) dan Ketiga (Third Quater).



am (architecture malaysia) by PAM
harga biasa : RM 15.50
Khusus pada isu-isu seni bina di Malaysia +++ bangunan negara luar ++ isu architecture terkini. Paling aku suka baca pada am edisi sustainability.



d+a (design and architecture) by Singapore 
harga biasa : RM 18
Khusus pada isu-isu seni bina di Singapura +++ bangunan negara luar ++ isu architecture terkini. Majalah ni bukan hanya berkaitan seni bina sahaja tetapi termasuk rekabentuk-rekabentuk perabot, pakaian dan selainnya yang berkaitan rekabentuk (design). Bagus juga kalau dapat baca majalah ni sebabnya singapore adalah salah satu negara yang leading dalam pembinaan bangunan architecture terkini di rantau asia tenggara.



In Design by In Publisher (Malaysia)
harga biasa : RM 13.00
Khusus hiasan dalaman di Malaysia. Lebih tertumpu kepada hiasan dalaman di rumah kediaman +++ bangunan-bangunan komersial . Memamg boleh pusing-pusing mata  tengok hiasan dalaman dalam majalah ni, pelbagai dan berbagai pilihan...hiasan terkini, moden, kontemporari, tradisional etc....Mak ayah yang minat menghias rumah wajar sangatlah membeli majalah ni, dan tentulah student Id.



ARCHITECT Concept (Malaysia)
harga biasa : RM 30
Lebih banyak pada bangunan-bangunan di Malaysia. Sebenarnya aku baru kenal buku ni, mungkin juga sebab harganya agak mahal jadi aku yang bercatu ni agak keberatan nak membelinya sebelum ni. Aku baru beli isu No 5, dan belum habis baca lagi.



LAMAN impiana (Malaysia)
harga biasa : RM 10.00
Satu-satunya buku yang berkaitan seni bina dalam Bahasa Melayu. Aku sangat la menghargai usaha-usaha sebegini lebih-lebih lagi bagi yang tidak berapa memahami Bahasa Inggeris. Aku beli buku ni masa belajar rekabentuk lanskap. Buku ni memang sangat membantu siap dengan nama-nama tumbuhan dan kesesuaiannya serta ada quotation lagi untuk senarai harga-harga lanskap kejur dan lembut. Sebenarnya dah lama tak beli buku ni sejak habis belajar tapi abah la yang banyak beli sekarang sebabnya abah minat berkebun dan tanaman-tanaman pokok bunga ni. 


Antara buku seni bina terbitan dalam dan luar negara yang boleh dibaca seperti :







Sekian sahaja setakat ini. Kalau ada buku-buku lain yang ingin dikongsi boleh la beritahu. Cuma sekarang ni bila belum sambung belajar aku kurang sedikit membeli majalah senibina ni...Doakan aku adik-adik/kakak-kakak supaya aku dapat sambung belajar untuk mencapai cita-cita murni ini....cehhh

No comments:

Post a Comment