صدقه
دروايتكن سبواه حديث دالم صحيح البخاري، اد سأورڠ للاكي يڠ دالم ڤرجالنن مراسا ترامت هاوس. تيبا٢ دي مليهت سبواه تلاڬ، لالو اي منوجو كارحڽ دان ممينوم اير دري تلاڬ ترسبوت.
كمودين دري ايت، دي مليهت سايكور انجيڠ يڠ منجولوركن ليده كران داهڬ. للاكي ترسبوت بركات، "انجيڠ اين مراسا هاوس سباڬايمان يڠ اكو راس تادي." اي كمودين سڬرا منوجو كتلاڬ ترسبوت سكالي لاڬي دان ممنوهكن كاسوتڽ دڠن اير، لالو مڽواكن
كمولوت انجيڠ ترسبوت هيڠڬ هيلڠ داهڬڽ. مك، الله برتريما كاسيه كڤداڽ دان ممبري كامڤونن كڤداڽ.
ستله رسول الله صلى الله عليه وسلم منچريتاكن قيصه ترسبوت، صحابة برتاڽ : "واهاي رسول الله، اڤاكه ﴿دالم ممبري مينوم دان بربوات باءيق﴾ ڤد بيناتڠ ترداڤت ڤاهلا؟" رسول الله صلى الله عليه وسلم منجواب، مقصودڽ : "ڤد ستياڤ مخلوق هيدوڤ ترداڤت ڤاهلا."
|
(Rumi)
Diriwayatkan sebuah hadis dalam Sahih al-Bukhari, ada seorang lelaki yang dalam perjalanan merasa teramat haus. Tiba-tiba dia melihat sebuah telaga, lalu ia menuju ke arahnya dan meminum air dari telaga tersebut.
Kemudian dari itu, dia melihat seekor anjing yang menjulurkan lidah kerana dahaga. Lelaki tersebut berkata, "Anjing ini merasa haus sebagaimana yang aku rasa tadi." Ia kemudian segera menuju ke telaga tersebut sekali lagi dan memenuhkan kasutnya dengan air, lalu menyuakan ke mulut anjing tersebut hingga hilang dahaganya. Maka, Allah berterima kasih kepadanya dan memberi keampunan kepadanya.
Setelah Rasulullah s.a.w menceritakan kisah tersebut, sahabat bertanya : "Wahai Rasulullah, apakah (dalam memberi minum dan berbuat baik) pada binatang terdapat pahala?" Rasulullah s.a.w. menjawab, maksudnya : "Pada setiap makhluk hidup terdapat pahala."
*jadi aku lantas ke luar rumah apabila teringat air minuman kucing sudah habis tidak di isi...=(
_________________________________________________________________________________
Tujuan aku membuat post ini kerana teringat aku pernah terlihat (membaca) kartun komik kucing dan manusia yang menggunakan tulisan jawi. Dari situ aku terasa rindu dengan tulisan jawi yang semakin lama semakin pupus atau dipupuskan di Malaysia. Kali terakhir menggunakan dan memahami dengan baik tulisan jawi adalah pada zaman sekolah menengah. Itu pun hanya belajar ketika Pengajian Islam. Sekarang aku tidak lagi dapat menulis ejaan jawi dengan betul, banyaknya sudah lupa. Aku harap generasi baru Malaysia tidak lupa akan tulisan ini yang merupakan tulisan nenek moyang bagi mendekatkan diri dengan Al-Quran.
*Aku jumpa cara untuk tukar tulisan rumi ke tulisan jawi dekat online. Selamat mencuba! Harap-harap ejaannya betul.
*Aku harap sangat-sangat-sangat berita TVAlhijrah dapat paparkan tulisan jawi dalam berita mereka. Aku yakin usaha ini akan mendapat reaksi yang positif daripada pelbagai pihak. Memandangkan tv tersebut berusaha untuk mendekatkan masyarakat dengan Islam, jadi tulisan jawi adalah salah satu caranya!
_________________________________________________________________________________
Sekian
mood menulis : rajin
No comments:
Post a Comment